The Story Of My Life
My Profile

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

Hello!Put your profile here.Don't remove credits.Follow my blog ,the link at the credits :)


Footprints here!



Credits!

Edit by: Timi
basecode: Nurul AtiQah
Re-Edited By: Aien

Others:   


Andai itu Takdirnya

Heyy fellas ! Have a good day :) Ok , hari ni nak story pasal novel Andai Itu Takdirnya karya Siti Rosmizah . Novel karya beliau memang best gilaaaaa . Novel ni apakk lahh segala sedihnye . Sampai nangis-II aku baca novel ni :'(

Sinopsis Andai Itu Takdirnya 
Aleya, gadis cantik datang dari keluarga sederhana.Dia menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang juga rakan kuliahnya di universiti di United Kingdom,Syed Adam Aizril.

 Syed Adam Aizril-jejaka tampan,digilai wanita. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan sombongnya berada di tahap yang tinggi.Mentalitinya mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar getaran hatinya pada Aleya.

 "Salahkah Leya mencari bahagia?" Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya?Hina sangatkah sebab beribu dan berbapa orang miskin.Walaupun miskin,tapi Leya masih ada maruah diri.

 Satu peristiwa menyatukan mereka.Tapi dek ego,sombong dan pentingkan darjat Syed Aizril melayan Aleya dengan hina sekali.

 "Kuasa cinta,tiada siapa yang dapat menghalang.Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril, Ketika menyulam bahagia,muncul Sharifah Emilin,sepupu kepada Syed Aizril membuat onar,Dendam
Emilin pada Aleya harus ditunaikan -dia menganggap Aleya perampas Syed Aizril yang konon dianggap kekasihnya,Namun bagi Syed Azril hanya Aleya yang bertaktha di hati.

 "You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

 Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

 "Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

 Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?
 "Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri.

 Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

 Cinta...cinta telah menjadikan ALeya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

 "Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

 Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

 "Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."

 Ketabahan Aleya yang ingin anak-anaknya membesar dalam keadaan sempurna tatkala doktor menyatakan dia mempunyai ketumbuhan dalam kepala membuatkan dia kembali pada Syed Aizril yang kononya sudah berubah.

 Kebahagian yang dikecapi hanya sementara bila Syed Aiziril mula cemburu buta pada isterinya.Walaupun cintanya hanya untuk Aleya,ego mengatasi segalanya.Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin
.Di kala penyakitnya semakin parah,dia keluar dari rumah besar itu dengan harapan yang musnah. Ditinggalkan Dania kerana dia tahu ajalnya akan tiba...

 Masih adakah peluang kedua buat Syed Aizril?

 Bermula dengan novel ni lah aku jadi pembaca setia novel karya Siti Rosmizah. Semua novel karya beliau aku ada. Kalau pergi Popular je aku mesti berlari dengan laju menuju ke arah rak novel dengan harapan ada karya latest dari Siti Rosmizah tapi setiap kali mesti hampa. Bergerak la aku ke rak buku yang lain dengan longlainya. Pengumpul tegar okeyh! Boleh nampakkan? Tapi sekarang Siti Rosmizah takde karya terbaru lagi. Bila dia nak keluarkan karya baru niiiii????

 Mak aku pun suka karya dia. Tahu tak mak aku mesti akan baca karya Siti Rosmizah sampai nangis-nangis. Aku pun tak terkecuali akan baca karya beliau sampai bengkak bijik mata. Cerita-cerita beliau sangat menyentuh perasaan okeyh. Boleh jugak dikatakan kisah percintaan yang diketengahkan oleh beliau sangat tragis. Ketragisan cerita beliau diakui oleh semua orang iaitu mak aku, adik aku dan aku sendiri haha. Boleh diamik kira sebagai semua orang ke tu? Hehe~ (gelak sopan)

 Dalam cerita ni aku menyampah betul dengan Syed Aizril tu. Sangat-sangat ethnocentrisms mengikut istilah jargon dalam International Bussiness (IB). Bahasa mudahnya ialah bajet bagus. Lagi aku menyampah dekat mak si Aizril tu. Eeeee sakit pulak hati kita. Sama spesis jelah mereka berdua ni. Mak dengan anak kan. Biasa la tu. Kejam tahu tak dua manusia ni. Lagi annoying si sepupu Aizril tu. Siapa nama dia? Sharifah Emilin ! Kadang-kadang timbul rasa geram jugak dekat si Aleya tu, baik sangat. Redha je dengan apa yang suami without heart and stomach dia buat. Mana ada orang sebaik tu dalam dunia nyata ni! Kan? Kan? Kan? Aduhai kau Aien, pehal nak bising-bising? Dah tentu-tentu tu novel, cuba jangan emo sangat =='.

 Bila dah habis je baca novel tu kan, terus aku terfikir siapa agaknya yang akan pegang watak Syed Aizril and Aleya kalau cerita ni difilemkan. And pengarah mana yang sudi nak jadikan cerita yang penuh tragis ni ke bentuk movie.Just wait and see .

                                      Okay , byeee peeps ! Assalamualaikum :D